SEJARAH SMKDT
Sekolah
Menengah Kebangsaan Durian Tunggal terletak kira-kira satu kilometer
dari pekan Durian Tunggal. Sekolah ini lokasinya di Kampung Bukit
Balai dan mempunyai keluasan kira-kira 16 ekar. Antara
kampung-kampung dan penempatan yang terdapat di sekitar Sekolah
Menengah Kebangsaan Durian Tunggal ialah Kampung Gangsa, Kampung
Padang Kerbau, Kampung Padang Keladi, Kampung Bukit Tambun, Kampung
Pulau, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Tanah Merah, Kampung Krubong,
Kampung Parit Melana, Batu Sebelas, Bertam Estet dan Sin Lian Estet.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Durian Tunggal mula dibuka dalam tahun 1982.
Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Mohd Yusoff Bin Othman.
Selepas 14 tahun SMKDT dibuka, pada 26 April 1996 majlis perasmian
sekolah ini dilakukan. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Menteri
Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Zin Bin Hj. Abdul Ghani.
Semenjak
penubuhan sekolah ini, seramai dua belas orang pengetua telah
mentadbir sekolah. Berikut adalah pengetua-pengetua yang telah
berkhidmat di sekolah ini;
Bil
|
Pengetua
|
Tempoh
|
1
|
En.
Mohd Yusoff Bin Omar |
1982
– 1986
|
2
|
Tn.
Hj. A. Kader Bin Mohd Nor |
1987
|
3
|
Tn.
Hj. Yaamah Bin Idris |
1988
|
4
|
Tn.
Hj. A. Rahman Bin Salim |
1989
– 1991
|
5
|
Tn.
Hj. Salleh Bin Mat Zin |
1992
|
6
|
Pn.
Hjh. Norbi Binti Husin |
1993
– 1998
|
7
|
En.
Mohd Yamin Bin Baba |
1998
– 2001
|
8
|
Cik
Juliah Binti Leman |
2002
– 2004
|
9
|
En.
Hj. Taib Bin Hj. Nordin
|
2005
– 2006
|
10
|
Pn.
Hjh. Norizan Binti Ismail |
2007
– 2008
|
11
|
Tn.
Hj. Jamil Bin Jaamat |
2008
– 2013
|
12
|
Tn.
Hj. Rashid Bin Ab. Hamid |
2013
– 2014
|
PERKEMBANGAN SMKDT
Pada
asalanya Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal ini mempunyai 4
blok konkrit dengan 22 buah kelas keseluruhannya (1982). Sekolah ini
dilengkapi dengan pusat sumber. Sekolah ini hanya mempunyai aliran
sastera sahaja. Pada tahun 1998, apabila kelas tingkatan 4 pula
dibuka, ia hanya mempunyai 2 kelas sastera. Pada 1996, SMKDT
mempunyai 7 blok konkrit dan mempunyai 38 bilik darjah, 6 buah
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu, 2 buah bilik ERT, 6 buah makmal,
sebuah kantin, sebuah balai bacaan, 2 buah balai rehat serta surau.
Pada tahun 1996, SMKDT amat bertuah kerana dipilih oleh pihak
Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Teknologi (BTP) untuk
menyertai Projek Rangkaian Munsyi Pusat Sumber Elektronik (PSE). Pada
tahun 1999, satu lagi blok bangunan dibina untuk menampung 4 kelas
kerana bilangan pelajar yang bertambah.
Pada
awal penubuhan SMKDT dalam tahun 1982, bilangan guru hanya 14 orang
dan pelajar seramai 383 orang. Pada tahun 1996, bilangan guru seramai
54 orang dan bilangan pelajar seramai 933 orang. Bilangan pekerja
telah meningkat dari 7 orang dalam tahun tahun 1982 kepada 12 orang
dalam tahun 1996. Tahun 2000, SMKDT mempunyai 58 orang guru, 1119
orang pelajar dan 16 orang pekerja. Pada tahun 2014, SMKDT mempunyai
91 orang guru, 1132 pelajar dan 15 orang kakitangan sokongan.
No comments:
Post a Comment